#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Wednesday 2 December 2015

TRIP KOH SAMUI VIA SURAT THANI 2.0 -DAY 1

Trip utk kali  ni,aku ke Koh Samui via Surat Thani. Aku datang sini untuk kali ke 2 dalam masa sebulan. Trip yang lepas boleh refer pada link ni  >> TRIP KE KOH SAMUI DAY 3 .

This map credit to Alem Parjo (FB) as reference, ride from KL to Koh Samui
 
Untuk trip kali ni, aku dah sepakat untuk naik flight dan laki aku naik motor. Aku malas nak naik motor sebab malas nak mintak cuti banyak2. Selasa kan PH (Deepavali), So aku apply cuti utk hari Jumaat dan Isnin sahaja. Most of colleague aku pon cuti panjang. 3 orang dalam office  pergi Phuket due to long weekend. Aku je ke Koh Samui. and aku la extra leave tu sbb jauh sikit kan. Hehe. I means sbb balik naik motor. So, kene long leave. 



Disebab geng2  motor nak gerak Rabu malam. Aku ni bercadang Khamis nak kerja lagi. So, aku pon naik fligt solo sbb kurang sikit penat nanti. Kiranya penat time balik je la kan. So, aku ambil flight Jumaat tengahari. Balik aku naik motor la. Cadang nya nak keluar Koh Samui Ahad nanti. Aku dapat harga tix Air Asia RM79.00. Dan menjadi kewajipan aku beli pre-book meal. Sebab mknn Air Asia mmang aku suka. Kali ini, aku order Nasi Tomato. Not bad utk perut yang lapar. Sebab pagi sebelum gerak just light breakfast.






Pagi2 sebelum pergi airport aku masak2 sebab mmg target nak bawk bekal ke Koh Samui. Aku mmg suke bwk bekal2 ni kalau g berjalan. Biar la org nk ckp, g jln utk rehat2 bkn nk penat2 masak itu masak ini. Lain org lain caranye kan.Aku msk pon bnde yg kering2 je.  Macam aym goreng tepung, roti telur,  n bawak salad2 and dressing yg sptutnya. At least kat situ korang dah jimat dinner di Koh samui. Based on my experience, dalam ferry confirm lapar. Susah nk dpt yang halal dlm ferry tu. So, aku siap bekalkan roti telur n sos n mayonis utk mkn dlm ferry. 

nasi+yam goring tepung + salad and dressing + roti telur

Tips taknak kantoi time imegresen nanti uoll bawak je la makanan yang kering2. Jangan la bawak kuah lemak cili api laa. Memamg ke tong sampah la jawabnye. Yang penting nasi x mudah basi okeh.

Pas masak siap2 pergi jalan kaki ke LRT Jelatek ke KL Sentral. Then smpai sana terus ke kaunter  Sky bus. Tambang RM11.00. Perjalanan ambil masa dalam sejam setengah depends on traffic. Disebabkan balik naik motor, so aku just bawak baju sikit2 then yang penting helmet, jacket, mask and so on dan jangan lupa duit THB. aku bawak cash THB2500 je sebab utk byr ferry nanti bila sampai Koh Samui. Balance laki aku tolong bawakkan.

Time ni dah ade dlm bus. Duduk depan sekali dan tido.

 
Sepatutnya laki aku dah smpai Koh Samui dalam hari Khamis malam. Rupanya, terlepas ferry dan terpaksa cari tempat tido area2 Jetty. So they decided untuk naik ferry paling awal pagi Jumaat tu. Maknanye, dorang sampai pagi Jumaat. Aku smpai petang Jumaat.
 
FYI, jetty di Donsak Pier ade 2 yang biasa orang naik.   FERRY DONSAK-KOHSAMUI-DONSAK

1.  Yang aku biasa naik Seatran Ferry departure from Donsak Pier arrival at Nathon Pier Koh Samui
2.   Laki aku and geng motor nya naik di Raja Ferry sampai ke Koh Samui (Lipanoi)

Tambang sama je. Macam aku pulak yang akan berhenti ke airport Surat Thani memang akan beli tix bus ke jetty, tix ferry dan hotel transfer siap2. Sebab aku mls nak fikir kene cari tuktuk atau taxi  bila smpai sana. So, utk package yang itu aku kene bayar THB 550 sahaja. Siap hantar depan hotel terus.

Untuk trip yang ni, mmber laki aku book hotel di area Chaweng Beach. Dekat dengan pantai. Nak mkn halal pon ade juga area situ. Kiranya mudah jugak la. Nama hotel tu Cheeky Monkey Hotel, landmark dia Samui Guesthouse. Means 1 lorong dengan Samui Guesthouse. Hotel ni hotel baru. So, semua facilities best even budget hotel siap ade swimming pool rooftop. Disebabkan laki aku smpai hotel dulu. dia la tolong snap pic bilik and view dari blik ni.

 
dekat bawah tu sungai sebenarnya..
 
Tandas bilik
 
Tiptop utk arga THB600/nite.


Kami bayar hotel untk 4 malam dalam RM240. Tapi dah rugi 1 malam sebab dorang terlepas ferry.

Bilik agak sempit. Tapi kami xkisah pon sbb banyak xtvt kat luar. So , harga pon berbaoi dan puas hati.

So, perjalanan dari airport Surat Thani  ke jetyy lbih kurang 2 jam. Aku naik ferry time tu org pon dan penuh. Aku ambil tempat duduk bhgian aircond sebab nak tido. Nak ke Koh Samui dalam 1jam 30 minit. Ferry dia mmg besar gila. Sebab boleh masukkan bus di bahagian deck vehicle. Then kau xkan terasa mabuk laut pon. Makanan dalam ferry tu xdijamin halal. So, ramai ckp boleh makan, Tapi aku pilih untuk x makan. Lagipon aku ade masak roti telur pagi2 sebelum naik flight. So, aku mkn je roti telur. berkelah dalam ferry sorg2. Kiri kanan diapit orang Thai. Nak ajak mkn kang bukan dorang paham pon. hehehe.

Keluar dr airport Suratthani boleh nmpk kaunter ferry ke Koh Samui


Ini lah rupa ferry nya. 1jam setengah perjalan dari Donsak Pier Jetty ke Koh Samui Jetty (nathon Pier)
The best Milo in the world. I dunno why, if I reached Thai I must buy this milo  2  cup n more.


Bila smpai jetty di Nathon Pier, siapa2 yang dah beli tix hotel transfer tadi boleh la terus ke penghujung jalan smpai jumpe Phantip Travel di penghujung jalan. Jalan jauh sikit, Kalau bernasib baik adela shutter tuktuk tungu depan ferry. Kalu x jalan je la smpai abis. Agent akan pegang signage "Phantip Travel". Then kite berkumpul untuk tunggu passenger lain. Then dorang akan hantar smpai hotel. So, xperlu risau ok.

Aku smpai dalam 5.30pm waktu Thai. So, tungu laki aku balik dari waterfall. Sebab die x tngalkan kunci. 30 minit je tungu then tgk dia smpai. Exciting kot. Sebab aku selamat smpai. Dari hari Khamis suruh aku dtg awal. dia ingat aku ni naik ape nak dtg awl. Sabar je la. xpadan ngan kepala berlemak.

Then, masuk je bilik terus bukak bekal yang ak bawak dari KL tadi. Nasi semua masih bau Wangi n sedap. So, malam tu, aku dan laki aku x join mkn mlm dgn grup member yang lain. Malam sikit kononnya nak lepak. tapi dorg semua letih. LAst2 buat xtvt masing2 utk malam pertama sampai. malam tu aku sempat riki pancake. Pancake tu wajib makan bila dah smpai Thai. Kalau dekat area Chaweng Beach, mostly yang jual orang Rohingya Muslim. Malam tu kami beli roti pisang + telur untuk laki aku. Aku pulak mkn cheese telur. Total dalam THB 100. Uhh. Mahal. tapi xpe la. Makan je laa. Then balik bilik terus tido sbb semua org penat.

pancake dalam process

Ordered banana cheese pancake and egg cheese pancake price THB50/ each


Bersambung hari ke 2 di Koh Samui di entry seterusnya..

Bajet Untuk Hari Pertama di KL:

LRT Jelatek - KL Sentra : RM 2.10
SKYBus: RM11.00


Bajet Untuk Hari Pertama di Koh Samui:

Jetty Transfer, Ferry, Hotel Transfer (1 way) : THB 550
Milo dalam ferry ( Milo dia best) :THB15
SewaMotor (Laki aku yg sewakan) :THB 200
Pancake x 2pcs : THB100

Lain-Lain (settled sebulan awal)

Tix Air Asia  :RM79
Bilik: RM240













No comments:

Post a Comment