#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Tuesday 23 August 2016

ANNIVERSARY KE-2 DI BALI DAN LOMBOK 2016-HONEYMOON BACKPACKERS- BAJET YANG MURAH-DAY 5- BYE BYE BALI & LOMBOK

Dah baca tak ya ni ?

Harini last day dekat Bali. Oh lupe nak bgtahu kami check in kat hotel yang sama waktu 1st day kat Bali dulu.

Flight malam harini balik pukul 8.30pm. Ada masa lagi nak jalan jalan dan beli souvenir ni haa. Kami sewa skuter RM20 je 1 day. Pusing2 Kuta dan Legian. Kalau sesat gune aje Maps.





Jus ni semua best dan murah. 3x beli jus papaya.


Kedai makan ni murah dan sedap. tapi kene rajin pusing celah-celah lorong ye









Kedai-kedai Muslim kat sane kalau nak makan hati-hati sikit. Kadang2 ada tanda halal tapi dalam nya ade patung Hindu. Kat sane mcm dah biasa pulak mcm tu.

Kami beli beg Bali, beli FM dan button Hard Rock Café (Niena's collection). Dalam Hard Rock Boutique, Sales Asst siap ajar macam mana nk murah kalau nak ke airport. Kebetulan kami ade nombor local. Laaa. register je la grabcar. Mudah sangat.

Grabcar  Indonesia caj kami RPH 27,000 je. RM8 lebih je. Naik avanza. Paham dakkk. Waktu aku sampai hari pertama ritu  RPH200,000=RM65  booking supir. Padan muke aku.


Booking je. terus masuk invoice. Tapi bayar cash. Don't worry ok.



Tunggu grabcar


Dah kat Ngurah Rai International Airport. Terbakau dah 5 hari duk sini,
Memang terbakar giler muka. Nak dibandingkan dengan hari pertama sampai memang jauh beza hitang letukkk.
 
 
Dinner kat airport. Beli siap2 dari Kuta tadi.


Ni la ogoh2 Hari Nyepi tuu kat airport pon masih ada.

 
Bye bye Bali and Lombok. Till we meet again.


ANNIVERSARY KE-2 DI BALI DAN LOMBOK 2016-HONEYMOON BACKPACKERS- BAJET YANG MURAH-DAY 4- LOMBOK-GILI TRAWANGAN




Harini last day ye.  Baca kisah semlam disini ya. Sedih nak balik dah. Huaa. Pas breakfast  target nak survey fastboat ke Bali terus laa. Survey punya survey dapat harga paling murah RPH350,000 untuk 2 orang. Beli kat Mahi Mahi Travel. Siap package hantar ke Kuta Beach. Ok sangat la tuu.


Pancake ni termasuk harga bilik ye


Kami ambil pakej yang pukul 3.30pm. So, banyak lagi masa ni kat Gili T. So, kami bersetuju nak  sewa basikal speda. Sewa speda harganya dalam RPH 75,000/ speda.  Teruskan misi berkayuh ke Ombak Sunset.
















 
 
 
 
 
Akhirnya sampai ke Ombak Sunset. nak tercabut rasa lutut.

Suruh orang snapkan. taik lalat Daus pon xnmpk. Stress tgk pic ni. Dah la nk kene swimming nak kesini :P






Sebelum balik sempat berendam dulu ok. tengok la air tepi pantai die jernih ke tak tuu. Tak teringin ke uolls?




Balik berendam kami kemas2 beg. Pastu g lunch then tunggu 30 minit awal kat area tepi pantai tuk tunggu boat.


Nasi goreng kat Lombok dan Bali lebih kurang je rupa. Ade keropok, ade telur.




Ini la rupa boarding pass nya

 Time nak balik ni, harga tiket fast boat mahal sikit, sebab ramai nak balik semula ke Bali sebab Hari Nyepi sudah tamat. So, nasib la kami beli yang Mahi Mahi. Ade 1 lagi agency tu memag terlampau ramai yg beli sampai berebut2 nak naik boat. Siap ada yang menangis la.


Nampak macam sedap je tgk org mkn sambil tunggu bot. tapi takutt nk mkn.




Tunggu fastboat


Yang agency ni terlampau ramai sampai berebut2. Nasib xbeli yang ni walaupun yang ni top sikit. tapi lupa dah nama nya

Boat kami delay sikit sebab terlampau bnyk trip per day harini. Depa tambah trip tp xtambah boat.
Lagi 1 nk pesan ni kalau korang jenis gayat ke jenis xbalance ke mengandung ke jangan la naik speedboat ni. Kene menyusur tepi boat tu untuk ke pintu belakang. Memang crazy sngt. Tapi aku ok. Naseb la xpakai baju pelik2 ni haa.







Dalam boat. Kalau dapat masuk awal, dapat la tgk orang menyusur tepi bot.


Sejam je nak ke Bali. Cuaca semua ok dan cantik.



Menuju ke bus nak ke Kuta Beach

Dalam Bus nak ke Kuta Beach

Sampai Kuta Beach malam sebab driver bus pusing Bali. Sampai hitam muka. Hahaha.

Hard Rock café Bali.





ANNIVERSARY KE-2 DI BALI DAN LOMBOK 2016-HONEYMOON BACKPACKERS- BAJET YANG MURAH-DAY 3- LOMBOK-GILI TRAWANGAN

Yeayy. akhirnya sampai jugak ke Lombok setelah penat menghrungi macam2 malam tadi nya. Tapi itu semua pengalaman yang xboleh dibeli ok.

Pagi2 tu kemas beg dan terus gerak ke Gili Trawangan aka Gili T.

Tips nak jimat: Ape kata try je bot/tongkang untuk seberang ke Gili T. Rasanya tak perlu naik speedboat yang tambangnya lebih kurang RM130-RM140/seorang. Cuba je naik bot awam. Harganya tak sampai RM3-RM5 je.

Tapi cuma kene beratur berebut la beli tiket. Beli tiket tu serah saja ada laki ok. Kita yang perempuan ni jaga je beg. Sampai masa naik je bot. Kene alert dengan pengumuman dan tengok color tiket. kalau dia ckp tiket kaler hijau naik Sari Laut. So, korang pon pergi la ramai2 naik bot tu. Muka org Lombok lebih kurang je muka orang Melayu kita. pakaian pon lebih kurang je tgk. Macam mane aku tgk dorg mcm org Malaysia. macam tu jugak dorang ingt kami org Lombok. Damn. Hahahaha. Tapi bersabar sikit laa. Bot ni jugak akan bawak segala buah2, sayur2, batu bata. Hiks.



Ini la rupa bot nya.
Perjalanan lebih kurang 45 minit saje. Then boleh la tgk view laut yang cantik gilos.  Sebab tu la kami suka pantai and pulau. Release segala tension.

Bot meninggalkan Lombok

Ini la rupa di dalam nya


Sampai Gili T terus snap kat landmark Gili Trawangan ni haaa. Jangan lupa sapu sunblock ok. Panas berdebu sini.       



Kami check in di Edy Homestay, Gili T ni 2 Hari 1 malam je. Dapat breakfast skali ok. Harga poN murah sangat. Esoknya nk balik Bali dah semula.













ruang santai depan bilik






Depan bilik ni haaa
Masak nasi sangat


Jalan-jalan  kat  lorong2 di Gili T



Haaa. nak bagitahu pengangkutan utama kat Gili T ni kuda dan basikal sahaja ok. No motor, no kereta. Mereka jaga ke'dara'an pulau ni lagi ok. Pelancong sini ramai pelancong tempatan, Malaysia, Europe, China.







Hari pertama tak sewa basikal pon. berkecah jugak la nak sampai ke buai ni. Kalau datang ke Gili T wajib bergambar kat sini ye. Yang ni checkpoint yang dekat sikit. Kalau yang ombak sunset tu jauh lagi. Tak sangka datang Gili T dapat pakej sihat sekali. Berjalan kaki memang jauh betul la.


Sunset snap guna Iphone 5S je. nak bawak badan pon xlarat, inikan nak bawak camera.

anniversary kann. kene la gambar berdua naik buai.huhu.

Laki aku mane pernah tak over




Jangan nak potong Q ye. :p


 Perjalanan balik ke bilik tu Nampak la orang tengah basuh kuda. Wat2 basuh kaki sebelah kuda. Dia offer naik kuda. Tapi cakap kat dia ade RPH20,000=RM6.50 je dalam poket ni. Memang time tu bawak sikit je duit. Tanya dia boleh ke naik. Dia pon setuju. Kami pon happy.





 Next entry belanja pic tak sunset tak sunrise. Pic tengahari rembang kat Ombak Sunset okeh.