#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Wednesday 30 September 2015

TRIP KE KOH SAMUI VIA SURATTHANI DAY 4-LAST DAY

12092015- Sabtu dah. Last day kat Samui. Pukul 8 driver ambik. Motor pulak, owner amik kat hotel pagi tu. Depart dari Surat Thani pukul 1pm waktu Thailand smpai KLIA2 pukul 3.30pm.

Last day


Driver amik dari hotel nak ke jetty. Then naik ferry. Brekfes pon dalam ferry.
Then tunggu di airport. Semua x sabra nk naik flight sbb nk mkn nasi lemak. Last2 nasi lemak abis. Ktorang pon mkn kat KLIA je tu pon mkn KFC. Alhamdulilah selamat smpai. On the plane, bnyk naa rase mcm naik roller coaster, rasa macam ade bonggol pon ye. Mane xnye, cuaca x berapa ok kot. Pergi dan balik camtu. Siap org menjerit lagi. Smpai KLIA naik bus ke KL Sentral RM11/pax/1 way. Then dari KL Sentral terus ke Keramat RM23 naik taxi. Dengan Ieda n Yaya. Yaya balik Kuantan hari Ahad . Ieda pon balik Sentul hari Ahad. Hopes dpt travel lagi dgn korag yg super best!!

P/S: balik dah x lalu nk snap pic. Sume sunburn smpai berkerak. HEHEHE

TRIP KE KOH SAMUI VIA SURATTHANI DAY 3

11092015- Hari ke 3 di Koh Samui xtvt free&easy. So. pagi dah start menggeletis nk jalan2. Lepak brekfes kat Kg Melayu Samui. Majority org kmpung ni pndai ckp Melayu.
Pagi ni mkn nasi minyak dan lain2 menu.

Target harini nak pergi Tok Ki and Tok Nek, Big Buddha, Chaweng Beach, cari souvenir, Bophut Village,  Fisherman Village etc

Kalau nk  pergi HinTai Hin Yai tu boleh la follow je signboard. jalan Koh samui ni senang je. Pusing2 kat situ jugok.

Balik dari Big Buddha yaya n idea accident dengan org Thai. Ape xnye, org Thai tu pancung kiri tibe2. Pastu sha carut kat muke die dalam bahasa Melayu. Pastu org tu blah gitu je. Yaya n Ieda jatuh tergolek sikit lagi org nk langgar kepala Ieda. Baju Ieda je kotor n luka sikit. idea dah la xsmpai kaki even  pembonceng pon.  Yaya abis jari jemari kaki terkoyak kulit kat kuku. Motor senget sikit. Then daus bawak motor tu. Yaya naik ngn Sha. aku pulak bawak Ieda. Pergi farmasi n beli antiseptic utk 2 org ni. Terpaksa pandai la cuci2 luke semua tu.

Petang tu dah nk hujan sempat singgah HinTai Hin Yai. HinTai Hin Yai tu batu yg menyerupai kemaluan laki dan perempuan. Google la sndiri. Yaya xpadan ngn kaki sakit. Sibuk gak mendaki batu batu situ.

Balik tu pergi lagi dinner di Melayu Samui. naseb la duk Lamai. Senang sikit nak makan nasi.

Balik tu rehat2 then tido. Esok nak gerak balik KL dah. Pukul 8pagi ade driver jemput. Bye2 Samui till we meet again November 2015. Eyhh. Pergi ke?


Sebelum accident di Fisherman Village 
Fisherman Village
Motor selepas accident
Big Buddha. Eyh.. Sha angkat aku.



Nak masuk sini bayar THB10 1 kepala.. Parking lak THB30. Di Hintai Hinyai





Chaweng Beach

Hintai Hinyai. Pas accident pon masih tersenyum

Chaweng Beach

Yang sakit kaki xmelompat laa

Lepak makan ice cream kelapa. Xtahu name tempat

Wajib makan pancake



Fisherman Village

Fisherman Village

Selpiaq dgn laki

Chaweng Beach. Apesal muke gatal tu bang?





Add caption



Ape ni???





TRIP KE KOH SAMUI VIA SURATTHANI DAY 2

10/09/2015 8.15pagi kitorang bersiap-siap tunggu kat Hotel's Lobby untuk ke Koh Angthong. Nanti ade van datang amik kitorang untuk hantar ke Jetty. Kononnye ambik pakej ni sbb aktivitinye banyak. Aktiviti yang disediakan ialah Mendaki, Berkayak, Snorkeling, dan Sight Seeing. Bayaran THB1300 tu termasuk semua aktiviti dan juga makanan. Makanan yang disediakan kat atas boat nie HALAL sebab belum sempat kitorang tanya, dorang dah bagi tahu makanan yang disediakan tu Halal. Sebelum nak berlepas dorang ade provide coffee, tea dan roti spread marmalade utk korang breakfast. Self service. Perjalanan nak ke Koh Angthong amik masa 1 jam. Boat nie lebih kurang Boat House macam kat Tasik Kenyir, tapi besar skit. To those yang jenis mabuk laut, boleh mintak pil mabuk laut dari brother yang jaga boat. Lepas je makan semua orang jadik ngantuk and tertidur. Ke memang jenis kuat tidur ke xtahu la kan.



Aku n laki aku mmg dah sama dah. Haha. pic ni time brekfes. Minum coklat n tea. n ade roti spread marmalade.
 
1st acktiviti kat sini ialah mendaki bukit dengan ketinggian 500m. 100 meter pon aku xlarat. apetah lagi rakan2 seperjuangan yang lain. HEhehe. aku n Daus giveup dlm 200 meter. Ieda n yaya dalam 100 meter. Ade yang 0 meter dah giveup. Duduk bawah je. Then turun balik bawah baru rasa xpenat. Hehe. Pastu berebut air dengan org yang panjat 250 meter 1 way ni. Pelik betul perangai masing2. Then xtvt bergambar di depan signage seperti biasa.

Kene naik sampan nk ke pulau transit dari naik ferry tadi


Ponek la nak oii..
 
menguji kekuatan laki aku selepas chemo. Hihi.
kanak2 riang


Panas gilos


Yaya time nak naik. Yaya je island hoping pakai kasut cantik2



Aktiviti seterusnya iaitu berkayak. Sebelum berkayak, dorang provide Lunch. Menu lunch kitorang ialah nasi putih, gulai ayam, sup ayam, dan salad + dressing. Boleh tahan la sedap tapi maybe sebab aku terlalu lapar kot. Lepas makan, kitorang terus ke sebuah pulau untuk teruskan aktiviti berkayak. Disebabkan kami ber5. Sya, Ieda n Yaya naik 1 kayak. aku n laki aku 1 kayak. Punya la tragis dorang ber3 naik kayak smpai terbalik kayak. Org lain xmcm tu k. EHehehe. Mengaibkan ke idok ni?  Kitorang tak leh berkayak sesuka hati mana nak pergi, tapi kena ikut brother boat yang bawak kitorang. Jauh jugak la... Laluan celah celah batu, masuk gua dan kat tengah-tengah laut. Dah la time tu angin kuat n hujan renyai2 lagi nasib baik selamat sampai di daratan. Masalahnya, budak ber3 tu xnmpk2 sampai kat daratan. Last2 kene tunda dengan guider. Macam2 hal la korg. Tu la malas nk mendayung. berlemak masing2.








Lepas berkayak, kitorang ke Blue Lagoon. Lagi skali kitorang kena panjat tangga yang tinggi untuk tengok Blue Lagoon nie. Blue Lagoon ialah sebuah tasik di tengah pulau yang berwarna emerald green. Tapi x boleh mandi, just untuk tengok je. Lepas ke Blue Lagoon kitorang mandi Laut. Kalau ikutkan pakej, sepatutnya ada aktiviti snorkeling, tapi kitorang hujan lebat sangat. Sempat snorkelling sekejap je. Tu pon keroh air.

Lunch time




Dah habis masa kami pon balik ke Koh Samui balik. Dalam bot seperti biasa la. Tido.

Smpai jety ade driver yang dah tunggu group kami. Kami request nak berhenti kat Kampung Melayu namenye  Baan Hua Thanon   bukan di Nunnn ye. Mu ingat org Thai kecek kelate ke. Hahaha.

Then dengan baju lembab2 dari Island Hoping berjalan kaki ke Melayu Samui Restaurant. Jauh gak. Ingat dekat. Hampeh tul. Kat sana baru la dpt mkn nasi  buat kali ke2 n telur dadar ngn penuh nikmat dan yakin. Lepak2 layan ifi n upload pic di IG dulu situ pas makan. Order tomyam, telur dadar,  sotong tepung, segala kerabu untk 5 org makan. then kene bayar THB650. Ok la tu. Tq Sha sbb belanj. Hehe. Duit aku n Daus tinggal THB500 je. Dengan nk sewa motor lagi. Adoii Kusut.






Then terus sewa motor THB200 untuk dr malam pas mkan smpai la mlm esok kul 12am. Sewa pon kat Melayu Samui Restaurant. kata support org Melayu :P  ...




So, balik terus naik motor. Sewa 3 motor. yaya n idea, sha sorg, aku n daus. Balik hotel rehat2. Pastu Daus terus tido sebab penat. Aku, sha, idea, yaya keluar jalan2 kat Lamai. Sebelum tu p Laundry basuh baju. Pastu mlm jalan Lamai tp nmpk bosan rupanye slh jalan. Hehe.



Balik n tdo sbb esok xtvt free n easy.


TRIP KE KOH SAMUI VIA SURATTHANI DAY 1

Assalamualaikum. Trip seterusnya kami berlima aku, husband and travelmates aku ke Koh Samui melalui Surat Thani pada 9-12 September 2015 naik Air Asia. Tambang utk kami ber4  dalam RM80/pax 2 way ticket. Daus pulak dalam RM120 2 way sebab konon2 xnak ajk Daus. Tapi die merengek2 nak pergi jugok. Tiket kami ber4 disponsor oleh TUT TUT. Flight yang satu satunya terbang direct ke Koh Samui ialah Fireflyz. Tapi range price agak mahal. Tapi jimat masa la. Tapi kami prefer jimat duit. hehe.

Malam sebelum gerak tu, Yaya baru smpai KL dari Kuantan, Sha fly dari Langkawi. So, sume berkumpul kat rumah aku je. Ieda mmg dah ade kat KL. so, kami ber4 termasuk Daus akan jmpe Ieda di KL Sentral saje. Sebab planning nak naik bus dari Kl Sentral dalm 8 pagi.

So, mlm tu aku baru la terhegeh2 nk kemas beg. Almaklum la ingat x jadi pergi. Kebetulan minggu sebelum aku nak gerak ke Koh Samui tu laki aku kene tahan kat KPJ Tawakal. Duit yang laki aku sepatutnye spend ke Koh Samui tu terpaksa la gunakan dulu bayar rawatan hospital dalam RM650.00. So, macam xsangka pulak bende ni  nk jadi. Almaklumla Daus  xscan ape2 lagi utk tengok result cancer Nye So, ubat chemo tu ade dlm badan lagi. So immune tu rendah. Mudah dpt sakit. Dengan passport Daus expired Nye. So terpaksa renew. So, bnyk spend duit sebelum pergi bercuti Nye pon. Tapi ade la duet menabung di korek2. Bawak pong ngam2 tambang ferry utk 2 orang n island hoping 2 org.

So route ke Koh Samui via Surat Thani sepatunye akan jadi macam ni:

KUL-Surat Thani- Naik bas ke jetty (Seatran Ferry)-Naik ferry ke Koh Samui-Bus ke Hotel dari Jetty

OK. Berbalik barang yang aku perlu bawak ke Koh Samui utk trip kali ini. Aku bawak 2 bagpack. 1 bag utk baju sahaja, 1 bag utk makanan, slipper dan barang mandi. Sedikit tips utk ke Koh Samui

  1. Baju utk 4D3N - Perjalanan nak ke Koh Samui dah 1 hari.Sebenanya masa yang ade kat Koh Samui dalam 2 hari je.  Biasa kalau travel ke pulau ni, utk berjalan2 aku xsuke pakai suar jeans. So nak jimat space seluar hari pertama time dtg tu kau simpan utk pakai balik nnti pada hari ke4. Hari ke 2 confirm island hoping, so terus pakai bju mandi. Cuma mlm tu nk jalan pakai la pants yang xgune bnyk space dlm beg mcm Harem pants ke. Mlm tu kan pakai sekejap je. So hari ke3 boleh la pakai balik seluar yg sama whole day. Baju laki lagi la senang. Bawk seluar pendek selai. Seluar mandi sehelai. Then suar jeans yang pakai hari pertama recyce utk pakai balik.
  2.  Jangan lupa taveller adapter. Power supply kat Thai x sama mcm kat Malaysia. Kalau xdek, beli je kat convenient store dorg. Kt sane mmg bnyak giler Family Mart dan 7eleven.
Traveller adapter jangan lupa!
3. Booking hotel awal2. Then baca la kat BlogSpot tempat mana yang hotspot. Senang nk makan yang halal dan jalan2 pon senang. Kami stay kat Lamai Central Hotel so 3km nak ke Kampung Melayu. Senang nak makan. Tapi kene sewa motor. Ke pantai pon dekat kalau naik motor.

So 09092015 kitorang naik bus ke KLIA2 sebab nak jimat punye pasal instead of naik KLIA Express.
Hehe. Xpe mase pon panjang lagi. No rush. Boarding time 12pm local time. Tapi tambang dah naik dulu RM18 2 way. but now RM11 1 way. Naik bus amik masa dalam sejam setengah. Ape lagi dlm bus tertido sampai gate KLIA2. Smpai2 sane bdk 4 org ni terus brekfes. Aku xbrekfes kat airport sebab mmg teringin giler makan Nasi Lemak Pak Nasir dalam flight.

at KLIA 2 Ready nak boarding

Departure Hall

Muke excited sumenye


Then dalam flight Daus tercampak jauh. Ramai jugak Malaysian time boarding. Arrival time dalam 12.30pm waktu Thai. Thailand sejam awal dari kite. Nak travel ke Thailand jangan lupa bawak sebatang pen utk tulis Visa on Arrival Card or kad putih nak masuk Thailand tu. Bisanye, FA akan bagi time dalam flight lagi. Bila sampai imegresen just snap pic  n stamp passport je.

Dah setel urusan imegresen, keluar je pintu kitorang terus cari Kaunter tiket untuk beli Tiket Bas dan Ferry untuk ke Koh Samui. Keluar dari Arrival Hall tu, pergi ke depan sikit, Korang akan jumpa Booth Seatran Ferry. Meanwhile, sha pergi beli simkad Thailand. Nak live update katenye. So kami dapat la tumpang hotspot. Nak live update jugak katenye.

Ready nak naik bus ke jetty dari Suratthani Airport. Muke penat giler.


Untuk pakej ke Koh Samui orang boleh beli tiket Bas ke Dongsak Pier + Ferry ke Koh Samui atau nak amik pakej transport terus ke Hotel. Kalau nak senang beli je terus package yang ada bus jetty transfer 2 way, ferry 2 way. sebab Nye korang xpayah pening dah nak pikir2. Harga sama je. No bargain. So total THB1100. due to currecy fluctuate might be equal to RM120 +-.. Nanti dalam bus, ade wakil Travel agency  dari Phantip Travel promote package. rate island hoping dalam THB 1300 +- . Beli je terus dlm bus. at least nnti dah smpai sana xdek la korang mengagau carik. Based on blog lain. Price lagi mahal. Kami pon beli 5 package island hoping ke Anthong Marine Park. Price pon dh termasuk harga masuk pulau.
 
Kepada sesiapa yang mabuk laut, don't worry sebab Ferry dari Dongsak Pier nak ke Koh Samui memang besar dan selesa. Ferry 3 tingkat, kat tingkat bawah untuk pengangkutan macam kereta dan lain-lain, tingkat 1 dan 2 untuk penumpang. Ada bahagian tertutup yang ber'air cond' and ada bahagian terbuka. Kitorang duduk di bahagian yang terbuka sebab nak merasa angin laut. Kat dalam Ferry ada mini mart yang jual makanan. Since kitorang pon kelaparan time tu, so kitorang minta air panas je dan masak maggi yg dibeli dr KL.Perjalanan amik masa 1.5 jam untuk tiba di Koh Samui.


Dalam ferry nak ke Koh Samui
Dalam ferry


Dalam ferry

Tunggu ferry di jetty

Baru smpai Koh Samui. Time ni tulang rusuk masing bergetar

Dalam flight Air Asia

Dalam ferry. Muke penuh nur. HAhahaha


Ehh, Ni bus Nak ke KLIA2


Peta Samui


Baru smpai Samui


Dalam bus nak ke jetty.

Dalam Seatran Ferry kebuluqq


Ready nak ke hotel
Baru sampai jetty Koh Samui. Aku yang paksa laki aku pakai cap sebab takut dia hitam :p
 


Sampai je Koh Samui, agent dah tunggu di jetty. Dorang kenal kami melalui sticker yg ditampal di baju. So, terus naik van dan dorang hantar terus ke hotel di Lamai. Hotel yang aku tempah kat sini ialah Lamai Central Hotel. Bajet hotel yang aku booking dari booking.com dalam RM198 untuk 3 malam lebih kurang RM66 1 malam. Budget hotel je. xdek swimming pool dan 2km dari pantai.  Dari jetty Koh Samui nak ke Hotel amik masa 15 minit. Jauh jugak rasa. Sampai hotel terus rileks dan set time utk dinner.

Lamai Central Hotel real n dalam gambar sama je. Sumber: Google
 
 
 
Entrance Lamai Central Hotel

Disebabkan first time sampai sini rasa mati kutu. Xtahu nk start dari mana nak pergi cari tempat makan. So dari hotel ktorang ke luar ke kiri dan jalan menghala ke tmpt ramai orang sikit. Dalam pukul 8 malam. Banyk kedai dah tutup mungkin sebab weekday ke. Sampai rasa give up dah. Xdek 1 pon mknn halal. Ape yg kami aspect Samui ni sama macam Krabi. Bersepah kedai makanan Halal. Tapi nekad jalan sampai hujung jalan sebab ada pasar. Akhirnye jmpe mknn Halal tpi kedainya dah tutup. Hari pon nk hujan. Jalan kaki dah 20 minit dari hotel tadi. Last2 nmpk Family Mart yang mana pekerjanya pakai tudung. So, ramai2 duduk menghurung dia tanye pasal tempat makan. Smpai hujan lebat giler. Dia siap call taxi nak suruh hantar ke Kg Melayu tapi hujan lebat dan hari pon dah lewat. Takut kedai dah tutup je kan. Last2 tumpang mkan dalam Family Mart je, instant mee Halal and frankfurter  halal. Layan je la. Sbb dah lapar giler. Dah reda sikit hujan terus lari2 anak smbil bawak container instant noodle tu smbil lari2. Xnak sewa motor mlm ni sbb Nye esok dah Island hoping. Rugi pulak 1 hari. Then smpai bilik terus tido. Penat seharian. Walaupun tido je dm flight, bus, ferry. Hehehe.

Muka bahagia dapat makan dalam Family Mart