#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Thursday 8 September 2016

REUNION KE? Selepas sedekad..

Tak sangka dah 10 puluh tahun kami berkawan. Kebetulan je nak pergi Langkawi ni. Sha memang dah ada kat Langkawi. Dari segi kemudahan memang mudah sikit la. Nak sewa kereta semua tu. Nak cari tempat makan pon senang dan murah. 
 
Tak sangka juga semua org setuju nak pergi. Tapi idea nak buat mini reunion ni x ingat datang dari siapa. So pilih2 tarikh semua setuju nak buat masa Hari Buruh 1 Mei 2016(Ahad). Means, kita dapat extra cuti sehari la Isnin kan. So semua gerak dari KL dan Kuantan hari Jumaat 29 April tu. Jumpa kat jeti 30 April siang tu la. Mungkin hari yang salah kot plan holiday ni. Jem nya Masyallah. Jem melekat.
 
 
 
Sampai jeti pukul 3pm baru dapat feri. Seharian tak mandi nya. Sampai Langkawi dapat kereta sewa terus p check in Hotel. Kali ni kami stay kat The Frangipani Langkawi Resort & Spa. Hotel memang la cantik sangat2. Hotel 5* ok. Tapi jangan terkejut tau harganya. Kalau check online dalam RM1000  lebih jugak la date kami pergi ni. Tapi kali ni kami dapat mmng murah giler2. Bukan RM500, BUKAN RM450, BUKAN RM300 BUKAN RM250. Nak whats app okkkk. Hahahaa.
 
Kali ke 2 dah check in sini. Kali pertama dulu dapat hadiah wedding. Time tu ajak officemate sekali. Kali ni pergi dengan kawan2 pulak. Siap dapat bilik Garden Villas View lagi. Kami book bilik Garden View 2, then Awa and husband dapat bilik Family Room di upgrade dari Deluxe Room.
 
Family Room yang Awa , husband and Dhia stay
 
 
 
Bilik air family room
 
Yang bawah ni pulak  2 bilik yang kami check in. Grden Villa View. Yang ni concept ala2 Bali sikit. Bilik air nya kat luar. Then dalam ada bath tub.
 
 
Tu haa laki aku mengemas ape yang patut. Ini la rupa Garden View tu.


Ini la rupa bilik air nya. Shower open air sangat
 


Ini la rupa showernya.


Nak ke bilik air


Complimentary


Free Coffee/Tea making facilities


 
 
Yang bestnya hotel ni facing laut. Location nya pon dekat dengan Cenang. Toksah la duk Cenang yang crowded giler tu.
 
Kat luar ade 2 swimming pool. 1 air masin, 1 air biasa. Jacuzzi pon ade kat luar ni. 
 


 
 
 Kalau p Langkawi wajib makan seafood ok. Nanti kami share seafood yang best kat Langkawi yet murah sangat.
 
 
 
 
 

Tuesday 23 August 2016

ANNIVERSARY KE-2 DI BALI DAN LOMBOK 2016-HONEYMOON BACKPACKERS- BAJET YANG MURAH-DAY 5- BYE BYE BALI & LOMBOK

Dah baca tak ya ni ?

Harini last day dekat Bali. Oh lupe nak bgtahu kami check in kat hotel yang sama waktu 1st day kat Bali dulu.

Flight malam harini balik pukul 8.30pm. Ada masa lagi nak jalan jalan dan beli souvenir ni haa. Kami sewa skuter RM20 je 1 day. Pusing2 Kuta dan Legian. Kalau sesat gune aje Maps.





Jus ni semua best dan murah. 3x beli jus papaya.


Kedai makan ni murah dan sedap. tapi kene rajin pusing celah-celah lorong ye









Kedai-kedai Muslim kat sane kalau nak makan hati-hati sikit. Kadang2 ada tanda halal tapi dalam nya ade patung Hindu. Kat sane mcm dah biasa pulak mcm tu.

Kami beli beg Bali, beli FM dan button Hard Rock Café (Niena's collection). Dalam Hard Rock Boutique, Sales Asst siap ajar macam mana nk murah kalau nak ke airport. Kebetulan kami ade nombor local. Laaa. register je la grabcar. Mudah sangat.

Grabcar  Indonesia caj kami RPH 27,000 je. RM8 lebih je. Naik avanza. Paham dakkk. Waktu aku sampai hari pertama ritu  RPH200,000=RM65  booking supir. Padan muke aku.


Booking je. terus masuk invoice. Tapi bayar cash. Don't worry ok.



Tunggu grabcar


Dah kat Ngurah Rai International Airport. Terbakau dah 5 hari duk sini,
Memang terbakar giler muka. Nak dibandingkan dengan hari pertama sampai memang jauh beza hitang letukkk.
 
 
Dinner kat airport. Beli siap2 dari Kuta tadi.


Ni la ogoh2 Hari Nyepi tuu kat airport pon masih ada.

 
Bye bye Bali and Lombok. Till we meet again.


ANNIVERSARY KE-2 DI BALI DAN LOMBOK 2016-HONEYMOON BACKPACKERS- BAJET YANG MURAH-DAY 4- LOMBOK-GILI TRAWANGAN




Harini last day ye.  Baca kisah semlam disini ya. Sedih nak balik dah. Huaa. Pas breakfast  target nak survey fastboat ke Bali terus laa. Survey punya survey dapat harga paling murah RPH350,000 untuk 2 orang. Beli kat Mahi Mahi Travel. Siap package hantar ke Kuta Beach. Ok sangat la tuu.


Pancake ni termasuk harga bilik ye


Kami ambil pakej yang pukul 3.30pm. So, banyak lagi masa ni kat Gili T. So, kami bersetuju nak  sewa basikal speda. Sewa speda harganya dalam RPH 75,000/ speda.  Teruskan misi berkayuh ke Ombak Sunset.
















 
 
 
 
 
Akhirnya sampai ke Ombak Sunset. nak tercabut rasa lutut.

Suruh orang snapkan. taik lalat Daus pon xnmpk. Stress tgk pic ni. Dah la nk kene swimming nak kesini :P






Sebelum balik sempat berendam dulu ok. tengok la air tepi pantai die jernih ke tak tuu. Tak teringin ke uolls?




Balik berendam kami kemas2 beg. Pastu g lunch then tunggu 30 minit awal kat area tepi pantai tuk tunggu boat.


Nasi goreng kat Lombok dan Bali lebih kurang je rupa. Ade keropok, ade telur.




Ini la rupa boarding pass nya

 Time nak balik ni, harga tiket fast boat mahal sikit, sebab ramai nak balik semula ke Bali sebab Hari Nyepi sudah tamat. So, nasib la kami beli yang Mahi Mahi. Ade 1 lagi agency tu memag terlampau ramai yg beli sampai berebut2 nak naik boat. Siap ada yang menangis la.


Nampak macam sedap je tgk org mkn sambil tunggu bot. tapi takutt nk mkn.




Tunggu fastboat


Yang agency ni terlampau ramai sampai berebut2. Nasib xbeli yang ni walaupun yang ni top sikit. tapi lupa dah nama nya

Boat kami delay sikit sebab terlampau bnyk trip per day harini. Depa tambah trip tp xtambah boat.
Lagi 1 nk pesan ni kalau korang jenis gayat ke jenis xbalance ke mengandung ke jangan la naik speedboat ni. Kene menyusur tepi boat tu untuk ke pintu belakang. Memang crazy sngt. Tapi aku ok. Naseb la xpakai baju pelik2 ni haa.







Dalam boat. Kalau dapat masuk awal, dapat la tgk orang menyusur tepi bot.


Sejam je nak ke Bali. Cuaca semua ok dan cantik.



Menuju ke bus nak ke Kuta Beach

Dalam Bus nak ke Kuta Beach

Sampai Kuta Beach malam sebab driver bus pusing Bali. Sampai hitam muka. Hahaha.

Hard Rock café Bali.