#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Friday 8 December 2017

TRIP KE UTARA 26-29 DECEMBER 2016, DAY 1- DAY 2

Hi. Bertemu lagi. Kan dah cakap awal-awal bulan Disember ni trip perabihkan duit. lepas pergi Betong, Thailand, lepas tu pergi Hatyai, Thailand sekarang pulak keluar je Thai terus lepak Kedah dan Penang untuk 4 hari 3 malam bersama my gegurls.

Ini betul-betul last minute ye. Ade 1 hotel tu kami booking bilik depan lobby hotel tapi booking guna agoda laaa. Walk in confirm mahal kan. So gune aje la web ye dakk.

Keluar je Dannok, lepas pass borang ape yang patut dan cop passport di Thailand and Malaysia, geng-geng laki aku nak p makan dekat area Changloon. Then mmber aku pon datang kat tempat makan tu aje laa. Kami ber3, aku, Yaya, Sha. Sha amik di kedai makan area Changlun. Aku dan laki aku pon berpisah sementara memandangkan esok die nak kerja dah.

Sebelum check in jalan-jalan area Kuala perlis makan lokcing then dinner pergi makan area mane pon x tau. tapi area pantai.

This is lokcing utara style. Sedap.  Pedas!!

Hotel pertama kami check in ialah Hotel Grand Alora, Alor Star. Hotel nampak baru, besar dan best.
Room rate RM180 tak silap. Sha bayarkan. Bilik kami buat style, sorang bayar 1 malam. Macam malam pertama Sha bayarkan.

Malam baru terhegeh-hegeh nak check in 

Berbaloi-baloi bilik even kongsi 3 orang pon. Semua kurus macam semut





Malam tu tak keluar pon, just mandi-mandi and terperuk je dalam bilik sbb dah lame sangat x jmpe kann. Esok bangun, port pertama pergi makan di Awi Pulut. Belakang Kamdar Alor Star je. Katenye glemer situ. But me not pulut type. So, x makan pon. Order 1 je then share.

Sebelum checkout swafoto dulu :)
 Aku memang jenis siap cepat even bangun paling lambat. Yang paling slow Sha laa. tak tau pebende yang dibeleknye.
Cermin tu macam tempt wajib tauuu



Landmark nak ke Awi pulut


Ni duk makan Awi Pulut Alor Star pagi-pagi 
Lepas makan terus gerak ke Penang, then kami decided nak beratur naik ferry je la. Sebab tak pernah naik kan. RM7.70 tak silap tambang tambang ferry untuk kereta. Ok laa tu janji merasa naik ferry di Penang.

Pemandangan dari dalam ferry

Duk dalam ferry berselfie la keje nye. Filter tak boleh blah. hahaha. Semua flawless
Tempat pertama kami pergi ialah cari makan tengahri dulu. Makan nasi kandar Ketapang. Tapi yang kat sini macam tak boleh terima tekak pulak because im not curry lover.

Then gerak ke Penang Hill. Naik cable car gerak ke atas. Panjang jugak beratur sebab ramai jugak yang ambil kesempatan utk habiskan cuti tahun agaknya. Harga tiket RM10 untuk dewasa, dua hala. So, ok la untuk yang pertama kali naik Penang Hill kan.

Yang paling sasa kene beratur.

Dapat dah tiket then ready nak naik atas

Dalam train nak naik ke hill. Semua tak takut pon. hahahaha.
Sampai puncak, jalan2 dan bergambar sampai nak tercabut kaki rasa
 Hopes our friendship last forever.


Mane laki i ni?

Korang kalau dah naik atas tu wajib la pergi makan kat fodcourt dia. Harga berpatutan dan laksa adan char kuey teow sangat la sedappp. Rasa laksa perfect.





Turun dari Penang Hill dah nak gelap. Panjang jugak beraturnya nak naik train tu.  Then terus ke Batu Ferinngi Night Market. Cari tempat urut kaki. Kami bertiga semua pergi mengurut dan jalan-jalan aje cuci mata. Tak ade ape pon nak beli. Tak tau nak bagi buah tangan kat sape. hahahaha.

Masih gigih berjalan

Sebelum check in kami singgah dulu di nasi kandar beratur. Adoii. pejam mata je tengok kebersihan dia. Disebabkan dah beratur kann. Tapi rasa memang sedap. Kene pulak dengan tekak ni. Boleh repeat laa kot.


Waze je Nasi Kandar Beratur ok.

Siap makan, ini la masanya meluruskan pinggang. Dah call owner hotel/inn awal-awal, bagitahu lewat check in. Lewat banyak jugak check in hotel kat Penang ni. Sampai kat area so called hotel dah 12 malam. Dah la sesat sebab banyak lorong kan kat Penang ni. Siap rempuh roadblock polis yang sama 2x.  Tapi bila masuk je so called hotel/inn ni suka sangat dengan deco nya. 1st night di Penang. Kami check in die Sekeping Pinang under Sekeping Retreats. Kali ke 2, aku stay kat Sekeping Retreats. Haritu duduk di Sekeping Tenggiri kat KL je u. hahaha.  Refer kat sini Sekeping Retreats. Yang ni pulak aku cter 1st time aku  stay di Sekeping Tenggiri click je link ni Mey Di Sekeping Tenggiri, KL


Okay, rate di Sekeping Pinang ni RM230 ade 3 katil dalam tu. memang muat untuk 3 orang. So, my turn pulak treat my friends.

Izinkan aku riak,mengupload gambar dari webiste ni. nnti aku belanja pic kami pulokk. Gambar dari website Sekeping Retreats.

Entrance. Location die dekat celah2 cafe hipster, dan depan museum hantu uoll. Bayangkan ade kereta kami je kat situ tengah malam. ahhahaha. Takut dan sunyi
Ini 2 bilik, bilik maki belah kiri, dia buat macam 2 tingkat bila masuk boleh naik tangga sikit untuk ke katil yang ke 3

Ini la ruang atas tu. Ade tilam ni je semata-mata. So yang berani tidur seorang. tentu la sha yang paling gagah yang tido sorang tu.

Ni katil aku and Yaya, Bilik air nya langsir di luar. Kalau mandi tu sambil menejrit sebab ade yg tolong selak langsir dari luar. Sabar aje laa

Kecik je bilik nya. sesuai la untuk kami yang kurus ni. hahahaha. Ade free refreshment.

Clear picture toilet. Betul2 dekat katil haa

Ini la kedudukan tangga untuk naik kat atas tu.

Pandangan dari katil Sha



Ok tamat dah perjalan hari ke 2 kami, dan hari pertama di Penang.

Thursday 7 December 2017

RIDE KE HATYAI CUTI KRISMAS 2016, 23-26 DECEMBER 2016

Dalam banyak-banyak bulan, bulan Disember la yang paling dinanti-nanti. Mana tak nya, tempat aku keje ni cuti Krismas dah macam cuti budak sekolah. Sama macam cikgu cikgi dah. Cuti tahun lepas aku jalan-jalan balik kampung dan lepak-lepak kat Johor je. Tahun ni jadi double holiday pulak. Holiday pertama dengan husband and and his officemate. Selepas trip ke Hatyai bersambung dengan holiday dengan kawan2 aku(last minute)

Destinasi kali ni ride ke Hatyai. Kalau ade follow instagram aku, tahu la aku baru pergi  Thai jugak 10 Disember tu. Berdua je laki bini. Kami pergi ke Betong je. Selepas 3 minggu, kami ke Thailand lagi, kali ni ke Hatyai. Laki aku suke ride, aku pulak suke tengok2 baju dan rileks2. Food hunter tu jatuh no2 sbb aku laki bini tak suke makan sangat. Makan pon simple2 je. Lagipon laki aku mode diet lagi sbb bulan 1/2017 nak kene follow up dgn doctor buat CT Scan. Kalau result tak cntik, habis laa kami.

Tayar golek dari R&R Sg Buloh dalam 12.00 pagi jatuh 24 hb Disember la kiranya. Ride kali ni, dari group office Firdaus dalam 8 orang, 2 motor je yg bawa isteri. Tu pon isteri nya juga 1 tempat kerja dgn Firdaus.

Dari KL ke Hatyai lebih kurang 9 jam. Ada hentian yang kami rehat lama sangat. Disebabkan Firdaus tak merokok, kami amik peluang untuk tidur. Walau sekejap pon tetap rasa puas untuk ride next stop.


Tidur di Petronas Tol Juru
Di Imegresen Malaysia beratur kurang panjang sebab ada lane khas untuk motor, tapi di Danok panjang nya 30 minit jugak la kami beratur. Flat giler rasa. Orang ramai masuk Thai sebab long weeekend. Lepas cop passport kami makan pagi di kedai Islam di Dannok makan nasi goreng.

Tidak lupa juga beli simkad Thai sebab nak tengok maps ke Hotel di Hatyai. Almaklum laa trip kali ini Firdaus jadi leader. So, confident tu memang tak ada langsung.

Aku dah book online hotel Lee Garden  Hotel Hatyai, RM60 via booking.com. Sebenarnya aku booking salah hotel, ingatkan Hotel Lee Garden Plaza Hotel. Namanya dah lebih kurang. Tak pasal2 menapak jugak la kalau nk ke uptown tu. Confident sangat kann. Tapi Hotel yang aku stay ni pon ok jugak, dapat parking berbumbung. Itu keutamaan bila nak cari hotel time ride.

Entrance Lee Garden Hotel


Dapat deluxe room twin pulak 



Bathroom


Selepas check in, masing-masing mandi dan rehat sekejap. Kemudian, kami bersedia untuk pergi jalan-jalan kat uptown dan ada planning naik tuk tuk pergi tour. Kami book tuktuk, harga 1 tuktuk dalam THB1300, then kami bahagi 8 orang, seorang jadi THB162.5.

Antara tempat yang kami pergi Samila Beach, floating market, Hatyai Aquarium dll.

Daus and the gang
Sedap nye lokcing kat sini. Murah sangat. Wajib makan
Hilang dah mermaid
Daus dan lokcing
Di Aquarium Hatyai


Tengok bontot orang je laa. Ramai sangat


Floating Market, slumber je pakai tudung kedut-kedut
Dapnyeeee  udang tepung
Aiskrim kelapa pon wajib makan
Aku panggil nasi kuning Thai
Wajib makan sebab murah
Lepak sementara tunggu tuktuk

Balik dari trip tuk tuk tu kami lepak town Hatyai. Habiskan masa kat situ je la smpai tengah malam.

teringin nak makan tapi xpernah try 



Esok nya check out, dan 1 malam lagi stay kat Dannok je. Makan pagi dan tengahari, kami makan di Tamrab Muslim Restaurant, Hatyai sebelum gerak ke Dannok. Tamrab ni location dekat dengan town Hatyai. Harga ok2 la. Ade mahal ade murah.

Breakfst sate, THB 50

Sebelum gerak ke Dannok macam biasa singgah bengkel la, singgah beli sticker laa. Sampai Dannok check in, then pergi makan dekat Abg Don Dannok. Tom yam terbaik la. Pedas dan pekat.


Kalau tersalah kedai time p Thai mesti ralat je rasa. So, abg Don ni wajib pergi ok. Kalau x teringatttt
Esoknya pas sarapan, then jalan jalan sikit Dannok, then balik KL. Yeayyy.