#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Wednesday 30 September 2015

TRIP KE KOH SAMUI VIA SURATTHANI DAY 2

10/09/2015 8.15pagi kitorang bersiap-siap tunggu kat Hotel's Lobby untuk ke Koh Angthong. Nanti ade van datang amik kitorang untuk hantar ke Jetty. Kononnye ambik pakej ni sbb aktivitinye banyak. Aktiviti yang disediakan ialah Mendaki, Berkayak, Snorkeling, dan Sight Seeing. Bayaran THB1300 tu termasuk semua aktiviti dan juga makanan. Makanan yang disediakan kat atas boat nie HALAL sebab belum sempat kitorang tanya, dorang dah bagi tahu makanan yang disediakan tu Halal. Sebelum nak berlepas dorang ade provide coffee, tea dan roti spread marmalade utk korang breakfast. Self service. Perjalanan nak ke Koh Angthong amik masa 1 jam. Boat nie lebih kurang Boat House macam kat Tasik Kenyir, tapi besar skit. To those yang jenis mabuk laut, boleh mintak pil mabuk laut dari brother yang jaga boat. Lepas je makan semua orang jadik ngantuk and tertidur. Ke memang jenis kuat tidur ke xtahu la kan.



Aku n laki aku mmg dah sama dah. Haha. pic ni time brekfes. Minum coklat n tea. n ade roti spread marmalade.
 
1st acktiviti kat sini ialah mendaki bukit dengan ketinggian 500m. 100 meter pon aku xlarat. apetah lagi rakan2 seperjuangan yang lain. HEhehe. aku n Daus giveup dlm 200 meter. Ieda n yaya dalam 100 meter. Ade yang 0 meter dah giveup. Duduk bawah je. Then turun balik bawah baru rasa xpenat. Hehe. Pastu berebut air dengan org yang panjat 250 meter 1 way ni. Pelik betul perangai masing2. Then xtvt bergambar di depan signage seperti biasa.

Kene naik sampan nk ke pulau transit dari naik ferry tadi


Ponek la nak oii..
 
menguji kekuatan laki aku selepas chemo. Hihi.
kanak2 riang


Panas gilos


Yaya time nak naik. Yaya je island hoping pakai kasut cantik2



Aktiviti seterusnya iaitu berkayak. Sebelum berkayak, dorang provide Lunch. Menu lunch kitorang ialah nasi putih, gulai ayam, sup ayam, dan salad + dressing. Boleh tahan la sedap tapi maybe sebab aku terlalu lapar kot. Lepas makan, kitorang terus ke sebuah pulau untuk teruskan aktiviti berkayak. Disebabkan kami ber5. Sya, Ieda n Yaya naik 1 kayak. aku n laki aku 1 kayak. Punya la tragis dorang ber3 naik kayak smpai terbalik kayak. Org lain xmcm tu k. EHehehe. Mengaibkan ke idok ni?  Kitorang tak leh berkayak sesuka hati mana nak pergi, tapi kena ikut brother boat yang bawak kitorang. Jauh jugak la... Laluan celah celah batu, masuk gua dan kat tengah-tengah laut. Dah la time tu angin kuat n hujan renyai2 lagi nasib baik selamat sampai di daratan. Masalahnya, budak ber3 tu xnmpk2 sampai kat daratan. Last2 kene tunda dengan guider. Macam2 hal la korg. Tu la malas nk mendayung. berlemak masing2.








Lepas berkayak, kitorang ke Blue Lagoon. Lagi skali kitorang kena panjat tangga yang tinggi untuk tengok Blue Lagoon nie. Blue Lagoon ialah sebuah tasik di tengah pulau yang berwarna emerald green. Tapi x boleh mandi, just untuk tengok je. Lepas ke Blue Lagoon kitorang mandi Laut. Kalau ikutkan pakej, sepatutnya ada aktiviti snorkeling, tapi kitorang hujan lebat sangat. Sempat snorkelling sekejap je. Tu pon keroh air.

Lunch time




Dah habis masa kami pon balik ke Koh Samui balik. Dalam bot seperti biasa la. Tido.

Smpai jety ade driver yang dah tunggu group kami. Kami request nak berhenti kat Kampung Melayu namenye  Baan Hua Thanon   bukan di Nunnn ye. Mu ingat org Thai kecek kelate ke. Hahaha.

Then dengan baju lembab2 dari Island Hoping berjalan kaki ke Melayu Samui Restaurant. Jauh gak. Ingat dekat. Hampeh tul. Kat sana baru la dpt mkn nasi  buat kali ke2 n telur dadar ngn penuh nikmat dan yakin. Lepak2 layan ifi n upload pic di IG dulu situ pas makan. Order tomyam, telur dadar,  sotong tepung, segala kerabu untk 5 org makan. then kene bayar THB650. Ok la tu. Tq Sha sbb belanj. Hehe. Duit aku n Daus tinggal THB500 je. Dengan nk sewa motor lagi. Adoii Kusut.






Then terus sewa motor THB200 untuk dr malam pas mkan smpai la mlm esok kul 12am. Sewa pon kat Melayu Samui Restaurant. kata support org Melayu :P  ...




So, balik terus naik motor. Sewa 3 motor. yaya n idea, sha sorg, aku n daus. Balik hotel rehat2. Pastu Daus terus tido sebab penat. Aku, sha, idea, yaya keluar jalan2 kat Lamai. Sebelum tu p Laundry basuh baju. Pastu mlm jalan Lamai tp nmpk bosan rupanye slh jalan. Hehe.



Balik n tdo sbb esok xtvt free n easy.


No comments:

Post a Comment