#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Friday 8 December 2017

TRIP KE UTARA 26-29 DECEMBER 2016, DAY 1- DAY 2

Hi. Bertemu lagi. Kan dah cakap awal-awal bulan Disember ni trip perabihkan duit. lepas pergi Betong, Thailand, lepas tu pergi Hatyai, Thailand sekarang pulak keluar je Thai terus lepak Kedah dan Penang untuk 4 hari 3 malam bersama my gegurls.

Ini betul-betul last minute ye. Ade 1 hotel tu kami booking bilik depan lobby hotel tapi booking guna agoda laaa. Walk in confirm mahal kan. So gune aje la web ye dakk.

Keluar je Dannok, lepas pass borang ape yang patut dan cop passport di Thailand and Malaysia, geng-geng laki aku nak p makan dekat area Changloon. Then mmber aku pon datang kat tempat makan tu aje laa. Kami ber3, aku, Yaya, Sha. Sha amik di kedai makan area Changlun. Aku dan laki aku pon berpisah sementara memandangkan esok die nak kerja dah.

Sebelum check in jalan-jalan area Kuala perlis makan lokcing then dinner pergi makan area mane pon x tau. tapi area pantai.

This is lokcing utara style. Sedap.  Pedas!!

Hotel pertama kami check in ialah Hotel Grand Alora, Alor Star. Hotel nampak baru, besar dan best.
Room rate RM180 tak silap. Sha bayarkan. Bilik kami buat style, sorang bayar 1 malam. Macam malam pertama Sha bayarkan.

Malam baru terhegeh-hegeh nak check in 

Berbaloi-baloi bilik even kongsi 3 orang pon. Semua kurus macam semut





Malam tu tak keluar pon, just mandi-mandi and terperuk je dalam bilik sbb dah lame sangat x jmpe kann. Esok bangun, port pertama pergi makan di Awi Pulut. Belakang Kamdar Alor Star je. Katenye glemer situ. But me not pulut type. So, x makan pon. Order 1 je then share.

Sebelum checkout swafoto dulu :)
 Aku memang jenis siap cepat even bangun paling lambat. Yang paling slow Sha laa. tak tau pebende yang dibeleknye.
Cermin tu macam tempt wajib tauuu



Landmark nak ke Awi pulut


Ni duk makan Awi Pulut Alor Star pagi-pagi 
Lepas makan terus gerak ke Penang, then kami decided nak beratur naik ferry je la. Sebab tak pernah naik kan. RM7.70 tak silap tambang tambang ferry untuk kereta. Ok laa tu janji merasa naik ferry di Penang.

Pemandangan dari dalam ferry

Duk dalam ferry berselfie la keje nye. Filter tak boleh blah. hahaha. Semua flawless
Tempat pertama kami pergi ialah cari makan tengahri dulu. Makan nasi kandar Ketapang. Tapi yang kat sini macam tak boleh terima tekak pulak because im not curry lover.

Then gerak ke Penang Hill. Naik cable car gerak ke atas. Panjang jugak beratur sebab ramai jugak yang ambil kesempatan utk habiskan cuti tahun agaknya. Harga tiket RM10 untuk dewasa, dua hala. So, ok la untuk yang pertama kali naik Penang Hill kan.

Yang paling sasa kene beratur.

Dapat dah tiket then ready nak naik atas

Dalam train nak naik ke hill. Semua tak takut pon. hahahaha.
Sampai puncak, jalan2 dan bergambar sampai nak tercabut kaki rasa
 Hopes our friendship last forever.


Mane laki i ni?

Korang kalau dah naik atas tu wajib la pergi makan kat fodcourt dia. Harga berpatutan dan laksa adan char kuey teow sangat la sedappp. Rasa laksa perfect.





Turun dari Penang Hill dah nak gelap. Panjang jugak beraturnya nak naik train tu.  Then terus ke Batu Ferinngi Night Market. Cari tempat urut kaki. Kami bertiga semua pergi mengurut dan jalan-jalan aje cuci mata. Tak ade ape pon nak beli. Tak tau nak bagi buah tangan kat sape. hahahaha.

Masih gigih berjalan

Sebelum check in kami singgah dulu di nasi kandar beratur. Adoii. pejam mata je tengok kebersihan dia. Disebabkan dah beratur kann. Tapi rasa memang sedap. Kene pulak dengan tekak ni. Boleh repeat laa kot.


Waze je Nasi Kandar Beratur ok.

Siap makan, ini la masanya meluruskan pinggang. Dah call owner hotel/inn awal-awal, bagitahu lewat check in. Lewat banyak jugak check in hotel kat Penang ni. Sampai kat area so called hotel dah 12 malam. Dah la sesat sebab banyak lorong kan kat Penang ni. Siap rempuh roadblock polis yang sama 2x.  Tapi bila masuk je so called hotel/inn ni suka sangat dengan deco nya. 1st night di Penang. Kami check in die Sekeping Pinang under Sekeping Retreats. Kali ke 2, aku stay kat Sekeping Retreats. Haritu duduk di Sekeping Tenggiri kat KL je u. hahaha.  Refer kat sini Sekeping Retreats. Yang ni pulak aku cter 1st time aku  stay di Sekeping Tenggiri click je link ni Mey Di Sekeping Tenggiri, KL


Okay, rate di Sekeping Pinang ni RM230 ade 3 katil dalam tu. memang muat untuk 3 orang. So, my turn pulak treat my friends.

Izinkan aku riak,mengupload gambar dari webiste ni. nnti aku belanja pic kami pulokk. Gambar dari website Sekeping Retreats.

Entrance. Location die dekat celah2 cafe hipster, dan depan museum hantu uoll. Bayangkan ade kereta kami je kat situ tengah malam. ahhahaha. Takut dan sunyi
Ini 2 bilik, bilik maki belah kiri, dia buat macam 2 tingkat bila masuk boleh naik tangga sikit untuk ke katil yang ke 3

Ini la ruang atas tu. Ade tilam ni je semata-mata. So yang berani tidur seorang. tentu la sha yang paling gagah yang tido sorang tu.

Ni katil aku and Yaya, Bilik air nya langsir di luar. Kalau mandi tu sambil menejrit sebab ade yg tolong selak langsir dari luar. Sabar aje laa

Kecik je bilik nya. sesuai la untuk kami yang kurus ni. hahahaha. Ade free refreshment.

Clear picture toilet. Betul2 dekat katil haa

Ini la kedudukan tangga untuk naik kat atas tu.

Pandangan dari katil Sha



Ok tamat dah perjalan hari ke 2 kami, dan hari pertama di Penang.

No comments:

Post a Comment