Dalam banyak-banyak bulan, bulan Disember la yang paling dinanti-nanti. Mana tak nya, tempat aku keje ni cuti Krismas dah macam cuti budak sekolah. Sama macam cikgu cikgi dah. Cuti tahun lepas aku jalan-jalan balik kampung dan lepak-lepak kat Johor je. Tahun ni jadi double holiday pulak. Holiday pertama dengan husband and and his officemate. Selepas trip ke Hatyai bersambung dengan holiday dengan kawan2 aku(last minute)
Destinasi kali ni ride ke Hatyai. Kalau ade follow instagram aku, tahu la aku baru pergi Thai jugak 10 Disember tu. Berdua je laki bini. Kami pergi ke Betong je. Selepas 3 minggu, kami ke Thailand lagi, kali ni ke Hatyai. Laki aku suke ride, aku pulak suke tengok2 baju dan rileks2. Food hunter tu jatuh no2 sbb aku laki bini tak suke makan sangat. Makan pon simple2 je. Lagipon laki aku mode diet lagi sbb bulan 1/2017 nak kene follow up dgn doctor buat CT Scan. Kalau result tak cntik, habis laa kami.
Tayar golek dari R&R Sg Buloh dalam 12.00 pagi jatuh 24 hb Disember la kiranya. Ride kali ni, dari group office Firdaus dalam 8 orang, 2 motor je yg bawa isteri. Tu pon isteri nya juga 1 tempat kerja dgn Firdaus.
Dari KL ke Hatyai lebih kurang 9 jam. Ada hentian yang kami rehat lama sangat. Disebabkan Firdaus tak merokok, kami amik peluang untuk tidur. Walau sekejap pon tetap rasa puas untuk ride next stop.
|
Tidur di Petronas Tol Juru |
Di Imegresen Malaysia beratur kurang panjang sebab ada lane khas untuk motor, tapi di Danok panjang nya 30 minit jugak la kami beratur. Flat giler rasa. Orang ramai masuk Thai sebab long weeekend. Lepas cop passport kami makan pagi di kedai Islam di Dannok makan nasi goreng.
Tidak lupa juga beli simkad Thai sebab nak tengok maps ke Hotel di Hatyai. Almaklum laa trip kali ini Firdaus jadi leader. So, confident tu memang tak ada langsung.
Aku dah book online hotel Lee Garden Hotel Hatyai, RM60 via booking.com. Sebenarnya aku booking salah hotel, ingatkan Hotel Lee Garden Plaza Hotel. Namanya dah lebih kurang. Tak pasal2 menapak jugak la kalau nk ke uptown tu. Confident sangat kann. Tapi Hotel yang aku stay ni pon ok jugak, dapat parking berbumbung. Itu keutamaan bila nak cari hotel time ride.
|
Entrance Lee Garden Hotel |
|
Dapat deluxe room twin pulak |
|
Bathroom |
Selepas check in, masing-masing mandi dan rehat sekejap. Kemudian, kami bersedia untuk pergi jalan-jalan kat uptown dan ada planning naik tuk tuk pergi tour. Kami book tuktuk, harga 1 tuktuk dalam THB1300, then kami bahagi 8 orang, seorang jadi THB162.5.
Antara tempat yang kami pergi Samila Beach, floating market, Hatyai Aquarium dll.
|
Daus and the gang |
|
Sedap nye lokcing kat sini. Murah sangat. Wajib makan |
|
Hilang dah mermaid |
|
Daus dan lokcing |
|
Di Aquarium Hatyai |
|
Tengok bontot orang je laa. Ramai sangat |
|
Floating Market, slumber je pakai tudung kedut-kedut |
|
Dapnyeeee udang tepung |
|
Aiskrim kelapa pon wajib makan |
|
Aku panggil nasi kuning Thai |
|
Wajib makan sebab murah |
|
Lepak sementara tunggu tuktuk |
Balik dari trip tuk tuk tu kami lepak town Hatyai. Habiskan masa kat situ je la smpai tengah malam.
|
teringin nak makan tapi xpernah try |
Esok nya check out, dan 1 malam lagi stay kat Dannok je. Makan pagi dan tengahari, kami makan di Tamrab Muslim Restaurant, Hatyai sebelum gerak ke Dannok. Tamrab ni location dekat dengan town Hatyai. Harga ok2 la. Ade mahal ade murah.
|
Breakfst sate, THB 50 |
Sebelum gerak ke Dannok macam biasa singgah bengkel la, singgah beli sticker laa. Sampai Dannok check in, then pergi makan dekat Abg Don Dannok. Tom yam terbaik la. Pedas dan pekat.
|
Kalau tersalah kedai time p Thai mesti ralat je rasa. So, abg Don ni wajib pergi ok. Kalau x teringatttt |
Esoknya pas sarapan, then jalan jalan sikit Dannok, then balik KL. Yeayyy.
No comments:
Post a Comment