#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Tuesday 23 August 2016

ANNIVERSARY KE-2 DI BALI DAN LOMBOK 2016-HONEYMOON BACKPACKERS- BAJET YANG MURAH-DAY 1 & 2 DI BALI- DARI BALI NAK KE LOMBOK

Selepas habis tour baca disini  supir pon menghantar kami ke Padang Bai sebab nak seberang ke Lombok kan. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam juga la termasuk jem semua. Jetti tu agak sunyi ok untuk haritu disebabkan perayaan Nyepi start pukul 12 mlm nanti. Kami bercadang nak naik fery dalam pukul 3pagi. Sebab apa yang aku tahu fery tu 24jam operasinya. Malang nya, orang kat kaunter cakap, kalau pukul 12 xdek org, so means fery xbergerak utk haritu. Last ferry pukul 12 je. Itu pon kalau bernasib baik. Tak bernasib baik mungkin pukul 8, 9 ke ferry dah habis. So, xdek la ferry nak seberang ke Lombok. Sighhh..

E-ticket nak departure tu nanti


Aku dan Daus cadang naik awal laa. Lebih kurang pukul 6ptg. Sebab takut xdek ferry untuk jam berikutnya. Nanti xdek tempat dah nak tinggal. Hotel dah check out. Nk ke Bandar Bali balik memang jauh laa. Yang menjadi masalah bila sampai Lombok kat mana pulak ktorang ni nk tido. adoi. Tapi bila tengok jeti kat Bali ni cantik siap boleh lepak and tidur2 at least xdek la ktorang takut sngt nk ke Lombok nanti. Mungkin boleh tidur jugak kat jeti Lembar Lombok nanti. Kalau tak, kami nk gerak pagi2 at least jimat 1 malam tido kat dalm ferry. tak perlu check in mane2 hotel.

Then kami pon naik ferry awal jugak la. Tunggu sejam dalam ferry. Sebab memang ferry akan bergerak sejam sekali. Rupanya memang ramai naik ferry. ade yang bawa motor sekali. Kereta n lori pon ada.


Tunggu orang yang baru sampai dari Lombok nk ke Bali habis turun baru kami2 ni naik.
So, kami naik kat bahagian atas dan duduk termenung sebab tak tahu la apa nasib ni haa. Perancangan semua dah hancur. hahaha. Takut xdek tempat tido je di Lombok.



Ini la rupanya kalau dah malam.
Dalam ferry ada kemudahan surau dan tandas. Semua ok dan bersih jugak laa.

Sampai Lombok lebih kurang 10mlm. 4 jam perjalanan.Duduk dalam fery dah puas tido. dah puas makan. Puas tengok tv.

Sampai jeti Lombok, tak sangka pulak keaaan jeti Nye xmcm di Bali. boleh lepak2, boleh tido sekejap. Kat Lombok keluar je jeti penuh dah orang teksi2, ojek2 tungu untuk cari pelanggan. Setelah dipujuk ojek. Kami akur jugak la terus ke Jeti Bangsal malam tu jugak ok. Kalau naik ojek dalam RPH100,000 jugak la tuk 2 orang. Aku naik 1 ojek, Daus naik 1 ojek. Nak ke Bangsal dalam 1jam setengah naik ojek tanpa pakai helmet ok. Lalu hutan2 Lombok ok tengah2 malam. ngeri sangat.

Lebih kurang macam ni la aku naik ojek sambil peluk backpack.
Sampai je Bangsal. kami cari guesthouse. Yang betul2 dekat ngan jeti dalam RM60. Kami pon setuju la. Sebab pagi2 esok nak gerak ke Gili dah. Masuk je bilik tergelak2 teringat naik ojek. Siap berlumba ojek sape paling laju. Ojek aku ke ojek Daus. Tapi driver ojek kami pakcik2 la. Pakcik2 pon takut jugak ok.



Ni la rupa bilik yang check in di Bangsal tuu.
Next entry aku cerita macam mana nk dapat tiket murah ke Gili Trawangan ok. Korang xperlu la naik speedboat rugi banyak tang duit. Cuba explore kecantikan Lombok dan budaya dorang ok.


No comments:

Post a Comment