#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Monday 15 August 2016

ANNIVERSARY KE-2 DI BALI DAN LOMBOK 2016-HONEYMOON BACKPACKERS- BAJET YANG MURAH

Assalamualaikum.

Dah nak dekat 5 bulan dah honeymoon anniversary yang ke2. Harini ade masa sikit edit entry yang dah lama sangat ada dalam draft ni.



Siapa sangka dengan bajet RM800.00 je aku boleh travel ke Bali, kemudian ke Lombok dan patah balik ke Bali. Perbelanjaan untuk 2 org okeh.  (Excluding flight ticket sebab Free je flight tiket).

Bajet ni pon termasuk sekali bajet yang tak ada langsung dalam planning. Contohnya, kau tak plan pon naik ojek(taxi motor)  tengah malam buta dari jeti Lembar di Lombok ke jeti Bangsal di Lombok. Bila kau sampai jeti Bangsal dengan perjalanan yang ambil masa 1 jam setengah lalu hutan belukar yang gelap gelita kiri kanan, then lalu kampung2, sawah padi. Bila kau sampai kat jeti Bangsal ingtkan ramai orang tunggu sampan. Rupanya malam tu jeti tu gelap gelita. Yang ade org Lombok je. So, terpaksa book rumah tumpangan dekat dengan jetty sbb esoknya nak pergi ke Gili Trawangan aka Gili T ktorng kene naik sampan dari situ. Memang pengalaman yang memang tak boleh dibeli dengan wang ringgitnya. Mana tak nya, rasa nk menangis kat tepi jalan rasa bila mcm2 benda berlaku sebelum sampai Lombok ni. Tapi sebenarnya kalau ikutkan jeti tu meriah dengan tourist2 tapi disebabkan esok nya ada Hari Nyepi di Bali tapi terkesan jugak di Lombok. Yang ni nnti aku bg details lg kat entry lain ok.

Haa.. salah timing sebenarnya ktorang pergi Bali kali ni. Bulan Mac ade perayaan Nyepi aka Silence Day untuk org Hindu di sana. So, sehari sebelum Hari nyepi jalan dah start jem sebab ade perarakan untuk menyambut Hari Nyepi. Tepat pukul 12 malam seluruh Bali akan bergelap, tidak boleh pasang sebarang lampu kecuali Hospital sahaja. Kalau keluar malam pukul diantara pukul 12am sampai 12am esoknya akan disaman. So, activity kami di Bali terhad. Itu bercadang nk ke Lombok.

FYI,  Peabuhan Lembar itu berada di Lombok. Lembar ni khas untuk ferry yang datang dari Bali dengan  muatan besar. Kereta dan motor boleh bawak masuk sekali dalam feerry. Dari Bali nk ke Lombok  ambil masa dalam 4-5jam. Sebab tu dalam ferry tu siap ade tilam semua. tempat solat pon ada.

Berbaik pada bajet travel ke Bali-Lombok- Bali kali ini:

Travel date:

7 March 2016-bertolak dar KLIA2 petang dan smpai di Bali malam.
8 March 2016- Half  Day Tour pusing Bali, then ready nak ke Lombok
9 March 2016- Harini la yang Hari Nyepi di Bali, so di Bali sngt sunyi tanpa sebarang aktiviti. Ape pon, time ni ktorang dah ade di Lombok dan pagi2 bertolak ke Gili Trawangan naik bot tempatan.
10 March 2016 - Checkout Gili T dan patah balik ke Bali naik fast boat.
11 March 2016 -Last day pusing Bali, sewa motor. Petang terus gerak ke airport Bali.


Flight Tiket: FREE! Thanks Sha untuk hadiah anniversary ke 2 ni. Jadi, bila hadiah tak perlu tahu kan berapa harganya.

Accommodation di Bali : Lucky' Guest House, Kuta Beach Bali  RM78/night/ breakfast 2 orang, booked via AIRBNB - siapa2 yang nak collect point or dapat discount booking through airbnb boleh click link ni www.airbnb.com/c/mrozana. Untuk hotel di Bali kami booking 2 hari. So total untuk hotel RM156.00.

Accommodation di Lombok : Budget hotel di Jetty Bangsal, Lombok, RM60 -walk in sebab terpaksa- last resort, no choice

Accommodation di Gili Trawangan, Lombok : Eddy Homestay RM58/night/ breakfast 2 orang

Day Tour : 1 hari, RPH 450,000 Day tour termasuk land transfer ke Padang Bai. Padang Bai tu adalah jeti di Bali dimana kalau nak melalui jalan air (naik fery) ke Jeti Lembar di Lombok. Harga package termasuk airport transfer dari airport ke hotel-RM140.00

Kalau pakej tour ahaja anggaran dalam RPH 250,000/ MPV sahaja termasuk supir  dan boleh pusing tempat menarik di Bali
 
Lain2 perbelanjaan : Travel adapter RM30, Simcard RM30 sekali pulsa, sewa basikal di Lombok RM20

Makan-Makan : Bawa travel cooker, just makan simple2 sebab Daus still mode diet. So, tak boleh makan yang merepek2.

Tiket Ferry & Fast Boat, Transportation:
Ferry dari Padang Bai, Bali ke jeti Lembar, Lombok : RPH 40,000 (RM14/sehala/seorang)
Naik sampan dari Jeti Bangsal ke Gili T lebih kurang RPH 15,000 =RM 4.50
Fast Boat dar Gili T terus ke Bali: RPH 350,000= RM110 sehala untuk 2 orang  termasuk transporation ke hotel.
Book grabcar dari hotel ke airport Bali : RPH 50,000=RM15 instead of kalau korang naik supir or taxi fixed price dalam RPH 200,000-RPH250,000. Nampak tak kat situ penjimatan die.
Ojek - RPH100,000= RM30 untuk 2 orang/2 ojek


Tapi time balik dari Gili T ke Bali kami ambil pakej fast boat. Jimat masa dan tenaga.  Ssejam je perjalann

 
Total Perbelanjaan Kasar dlm RM550 untuk 5hari 4 mlm tak termasuk makan2, buah tangan dll.

























No comments:

Post a Comment