#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Thursday 4 February 2016

NAIK KERETAPI KE HATYAI DARI KL SENTRAL (TRIP BUDGET SAJE)

Short trip ke Hatyai kali ni sempena cuti Thaipusam yang jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke Hari Isnin. Kali ni pegi dengan kawan kawan perempuan. Kami pergi berenam. Dari KL 2 orang, dari Kuantan 2 orang dan dari Langkawi 2 org. Beli tiket dalam 3 minggu awal. Trip yng mengujakan sebab kali pertama naik keratapi dan tempah di gerabak katil. Harga katil atas RM52/pax.

Tiket keretapi
Pembelian tiket di KL Sentral tingkat 2. Perancangan kononnya nak pergi jumaat-isnin. Tapi tiket keratapi hanya ada pada hari Sabtu tengah malam dan smpai Hatyai pada hari Ahad. Tiket banyak habis.  Tiket pon dah x banyak. Tinggal 4 keping saje. So, kawan-kawan dari Langkawi bergerak naik ferry ke Satun dan kami jumpe di Hatyai pada hari Ahad siangnya 25/01/2016.

Dari KL Sentral kami ber4 je. Aku, Daus, Yaya dan Kakak. Kakak ialah adik sepupu Yaya. Yaya travel partner yang sama time aku g Koh Samui dulu.

Waktu menunggu di KL Sentral Station 
Trip pertama 2016 memulakan perjalanan dengan berkumpul di KL Sentral. Aku jmpe Yaya dan kakak di KL Sentral dalam 10pm lebih. Kami makan dan minum dulu. Dan bergerak dalam pukul 11.30 pm ke Level 2 Gate B utk pelepasan. Keretapi berlepas dalam 12.30 pagi. Sehingga la trip kami dipanggil kami pon beratur masuk ke dalam gerabak. Katil nombor 1,2,7 dan 27. Maknanya sorang terpelanting jauh. Yang terpelanting jauh tu laki aku la si Daus.

Ready masuk  gerabak


Yaya dan aku
Sampai dalam gerabak, masing-masing naik ats katil masing2. Semua dapat katil atas. Almaklum la, beli tiket lambat. Dpat pon katil yang ats je semua. Bawah katil masing2 semua makcik pakcik yang datang 1 group dan datang utk mkn2 n shoping kat Hatyai je. Kire otai la.




Katil kami paling depan dan dekat dengan toilet dan pintu. Beg boleh dibawa ats katil atau boleh letak di kaki katil bawah. Kasut pon boleh cabut la dan letak di tangga.



Disebabkan perjalanan tengah malam, so kita tidur je la smpai pagi. Tapi sebelum tidur aku basuh n gosok la gigi, macam dekat rumah. Daus dtg la teman kan sbb jaga aku kat bawah tangga time nak turun tangga. Gayat rasa. Dengan gerabak bunyi gedegung gedegang ats landasan. Tapi 2,3 x latihan Berjaya juga turun sendiri tanpa bantuan sesiapa.

So, kami just tido je sepanjang perjalanan. Then pukul 5.30am Daus kejut suh bangun. Tapi ktorang tido je lagi. Tido ok je. Lena tanpa sebarang gangguan.

Pagi2 melawat laki.
Dalam pukul 10pagi siap2 ape yg patut pergi kantin. Gerabak paling hujung sekali. Kami melalui semua gerabak. Gerabak kerusi dalam 3 gerabak juga la. Makan-makan dulu. Kantin pon dah nak tutup sebab, staff KTM cakap dalam 2 stesen lagi nk sampai. Kami beli  1 nasi lemak dan 1 meehun.
Tapi mcm dah nk rosak dah. So, makan sikit je. Then, tinggalkan.

Nasi lemak RM5 + Meehun RM5
Dah siap minum semua, kami balik ke gerabak katil sementara nak sampai Padang Besar. Sebarang urusan imegren Malaysia dan Thailand semua di Padang Besar.

Bila dah siap cop passport Malaysia dan Thailand, kami naik foodcourt di level 1. Makan nasi lemak. Murah dan sedap. Di Padang Besar, kami kene tunggu dalam sejam untuk penukaran kepala keretapi Thailand.

Makan di Padang Besar
Bila dah sampai masanya, kami naik balik gerabak yang sama, then sambung baring balik sampai la ke Thai dalam 30 minit dari Padang Besar Station.

melintas di stesen keretapi Hatyai

Turun ke stesen Hatyai, dengan bawak beg semua kami naik tuktuk THB20/RM2 per pax ke Grand Plaza Hotel Hatyai. Kami booking 2 hari sebelum dating ke Hatyai. 1 bilik lelaki, dan 1  bilik utk perempuan. Booking through Agoda. Room rate dalam RM130/ night share 4 orang girl.

Naik tuktuk ke Grand Plaza Hotel Hatyai



Grand Plaza Hotel ( Sumber Google)

Sha dan Shahril dari Langkawi sudah sampai pagi. So, lepas mandi2 kami terus keluar, amik Day Tour. Tuktuk charged THB 200/ pax dari pukul 12.30pm(waktu Thai) sampai pukul 10pm( waktu Thai) Perbezaan waktu, Thailand awal sejam dr Malaysia.

Lepas mandi terus bersiap pergi day Tour Hatyai and Songhkla

So, kami pergi Sleeping Buddha, Floating Market, Tangkuan Hill(Viewpoint Hatyai) dan monumen2 cantik di Hatyai dan Songkhla untuk bergambar.

                                                          TANGKUAN HILL

                                                         
                                                            SLEEPING BUDDHA



Floating Market tempat wajib pergi bila dating Hatyai. Kami pergi last sekali. Terus dinner sekali kat sane.



Samila Beach


Floating Market



Nasi lemak ayam floating market

Balik hotel mandi dan relax2 sambil tgk Anugerah Juara Lagu dekat hotel.
Malam nya keluar supper. Daus je tak keluar, sebab kalau vacation je memang die tidur paling awal. Anak dara katakan.

Supper makan oyster fried, padthai, minum teh tarik etc.

 

Oyster Fried
tea  wajib minum

 
Esok nya aku balik. Mmber yang lain stay lagi 1 mlm sebab tak puas jalan.


Nak balik dah



Sempat lepak sekali sebelum blik
Kalau nak sarapan, kat sana banyak kedai muslim. Dorang masak roti canai dan nasi lemak jugak.

Brekfes roti canai

Aku balik naik bus Inter Top dari Hatyai terus sampai KL( Hentian Jalan Duta)
Tambang bus THB500= RM53. Tiket bus beli je mane2 travel agent. Diorang akan jual rate yang sama.

Bus Counter di Hatyai




Bertolak dari Hatyai dalam pukul 12pm sampai KL dalam 10.30pm. Urusan di imegresen jadi mudah sebab imegresen baru. Kalau x sebelum ni border Thailand macam sardine. Penuh la orang.

Dalam bus siap ade wifi. tapi x berfungsi. Hampehh.

Imegresen baru Sadao

15 comments:

  1. woooo, nice info. ak suka baca cite ko. kipidap! tggu ur next travel lak! XD

    ReplyDelete
  2. woooo, nice info. ak suka baca cite ko. kipidap! tggu ur next travel lak! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. kalau ade rezki kesihatan dan masa dan wang riggit. x gitu. hehehe.

      Delete
  3. hai nak tanye..mcmne nak booking day tour tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi je tanye tuktuk mane2. then kalau rajin survey je yg termurah. kalau malas survey just amik je rate yg lebih kurg THB200/pax. Most of the day tour arga sama. kalau gune perkhidmatan tuk2 la.

      Delete
  4. nak tanya la kalau tak booking tiket dari kl-hatyai boleh dapat tak? ke mmg kena booking? sy try booking online takde pon kluar ke hatyai. facebook sy Acai Rainbow

    ReplyDelete
  5. ataupon boleh tak awak bagi nombor sesape yang boleh dihubungi kalau sy dah kat sana? ws sy +60102634776

    ReplyDelete
  6. Menarik. Train Ke kl hatyai masih Ada LG ke

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Boleh takk akak pm saya ?

    saya nak tanya banyak soalan

    ws saya 010 2669924

    ReplyDelete
  9. ticket train 2 trus ke hatyai kew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. tapi sekarang dah xdek. kene naik ETS

      Delete
  10. nak ke hatyai kena beli tiket kat sana ke. minta pencerahan.

    ReplyDelete