#header-inner img {margin: 0 auto !important;} #header-inner {text-align:center !important;} -->

Pages

Wednesday 30 September 2015

TRIP KE KOH SAMUI VIA SURATTHANI DAY 1

Assalamualaikum. Trip seterusnya kami berlima aku, husband and travelmates aku ke Koh Samui melalui Surat Thani pada 9-12 September 2015 naik Air Asia. Tambang utk kami ber4  dalam RM80/pax 2 way ticket. Daus pulak dalam RM120 2 way sebab konon2 xnak ajk Daus. Tapi die merengek2 nak pergi jugok. Tiket kami ber4 disponsor oleh TUT TUT. Flight yang satu satunya terbang direct ke Koh Samui ialah Fireflyz. Tapi range price agak mahal. Tapi jimat masa la. Tapi kami prefer jimat duit. hehe.

Malam sebelum gerak tu, Yaya baru smpai KL dari Kuantan, Sha fly dari Langkawi. So, sume berkumpul kat rumah aku je. Ieda mmg dah ade kat KL. so, kami ber4 termasuk Daus akan jmpe Ieda di KL Sentral saje. Sebab planning nak naik bus dari Kl Sentral dalm 8 pagi.

So, mlm tu aku baru la terhegeh2 nk kemas beg. Almaklum la ingat x jadi pergi. Kebetulan minggu sebelum aku nak gerak ke Koh Samui tu laki aku kene tahan kat KPJ Tawakal. Duit yang laki aku sepatutnye spend ke Koh Samui tu terpaksa la gunakan dulu bayar rawatan hospital dalam RM650.00. So, macam xsangka pulak bende ni  nk jadi. Almaklumla Daus  xscan ape2 lagi utk tengok result cancer Nye So, ubat chemo tu ade dlm badan lagi. So immune tu rendah. Mudah dpt sakit. Dengan passport Daus expired Nye. So terpaksa renew. So, bnyk spend duit sebelum pergi bercuti Nye pon. Tapi ade la duet menabung di korek2. Bawak pong ngam2 tambang ferry utk 2 orang n island hoping 2 org.

So route ke Koh Samui via Surat Thani sepatunye akan jadi macam ni:

KUL-Surat Thani- Naik bas ke jetty (Seatran Ferry)-Naik ferry ke Koh Samui-Bus ke Hotel dari Jetty

OK. Berbalik barang yang aku perlu bawak ke Koh Samui utk trip kali ini. Aku bawak 2 bagpack. 1 bag utk baju sahaja, 1 bag utk makanan, slipper dan barang mandi. Sedikit tips utk ke Koh Samui

  1. Baju utk 4D3N - Perjalanan nak ke Koh Samui dah 1 hari.Sebenanya masa yang ade kat Koh Samui dalam 2 hari je.  Biasa kalau travel ke pulau ni, utk berjalan2 aku xsuke pakai suar jeans. So nak jimat space seluar hari pertama time dtg tu kau simpan utk pakai balik nnti pada hari ke4. Hari ke 2 confirm island hoping, so terus pakai bju mandi. Cuma mlm tu nk jalan pakai la pants yang xgune bnyk space dlm beg mcm Harem pants ke. Mlm tu kan pakai sekejap je. So hari ke3 boleh la pakai balik seluar yg sama whole day. Baju laki lagi la senang. Bawk seluar pendek selai. Seluar mandi sehelai. Then suar jeans yang pakai hari pertama recyce utk pakai balik.
  2.  Jangan lupa taveller adapter. Power supply kat Thai x sama mcm kat Malaysia. Kalau xdek, beli je kat convenient store dorg. Kt sane mmg bnyak giler Family Mart dan 7eleven.
Traveller adapter jangan lupa!
3. Booking hotel awal2. Then baca la kat BlogSpot tempat mana yang hotspot. Senang nk makan yang halal dan jalan2 pon senang. Kami stay kat Lamai Central Hotel so 3km nak ke Kampung Melayu. Senang nak makan. Tapi kene sewa motor. Ke pantai pon dekat kalau naik motor.

So 09092015 kitorang naik bus ke KLIA2 sebab nak jimat punye pasal instead of naik KLIA Express.
Hehe. Xpe mase pon panjang lagi. No rush. Boarding time 12pm local time. Tapi tambang dah naik dulu RM18 2 way. but now RM11 1 way. Naik bus amik masa dalam sejam setengah. Ape lagi dlm bus tertido sampai gate KLIA2. Smpai2 sane bdk 4 org ni terus brekfes. Aku xbrekfes kat airport sebab mmg teringin giler makan Nasi Lemak Pak Nasir dalam flight.

at KLIA 2 Ready nak boarding

Departure Hall

Muke excited sumenye


Then dalam flight Daus tercampak jauh. Ramai jugak Malaysian time boarding. Arrival time dalam 12.30pm waktu Thai. Thailand sejam awal dari kite. Nak travel ke Thailand jangan lupa bawak sebatang pen utk tulis Visa on Arrival Card or kad putih nak masuk Thailand tu. Bisanye, FA akan bagi time dalam flight lagi. Bila sampai imegresen just snap pic  n stamp passport je.

Dah setel urusan imegresen, keluar je pintu kitorang terus cari Kaunter tiket untuk beli Tiket Bas dan Ferry untuk ke Koh Samui. Keluar dari Arrival Hall tu, pergi ke depan sikit, Korang akan jumpa Booth Seatran Ferry. Meanwhile, sha pergi beli simkad Thailand. Nak live update katenye. So kami dapat la tumpang hotspot. Nak live update jugak katenye.

Ready nak naik bus ke jetty dari Suratthani Airport. Muke penat giler.


Untuk pakej ke Koh Samui orang boleh beli tiket Bas ke Dongsak Pier + Ferry ke Koh Samui atau nak amik pakej transport terus ke Hotel. Kalau nak senang beli je terus package yang ada bus jetty transfer 2 way, ferry 2 way. sebab Nye korang xpayah pening dah nak pikir2. Harga sama je. No bargain. So total THB1100. due to currecy fluctuate might be equal to RM120 +-.. Nanti dalam bus, ade wakil Travel agency  dari Phantip Travel promote package. rate island hoping dalam THB 1300 +- . Beli je terus dlm bus. at least nnti dah smpai sana xdek la korang mengagau carik. Based on blog lain. Price lagi mahal. Kami pon beli 5 package island hoping ke Anthong Marine Park. Price pon dh termasuk harga masuk pulau.
 
Kepada sesiapa yang mabuk laut, don't worry sebab Ferry dari Dongsak Pier nak ke Koh Samui memang besar dan selesa. Ferry 3 tingkat, kat tingkat bawah untuk pengangkutan macam kereta dan lain-lain, tingkat 1 dan 2 untuk penumpang. Ada bahagian tertutup yang ber'air cond' and ada bahagian terbuka. Kitorang duduk di bahagian yang terbuka sebab nak merasa angin laut. Kat dalam Ferry ada mini mart yang jual makanan. Since kitorang pon kelaparan time tu, so kitorang minta air panas je dan masak maggi yg dibeli dr KL.Perjalanan amik masa 1.5 jam untuk tiba di Koh Samui.


Dalam ferry nak ke Koh Samui
Dalam ferry


Dalam ferry

Tunggu ferry di jetty

Baru smpai Koh Samui. Time ni tulang rusuk masing bergetar

Dalam flight Air Asia

Dalam ferry. Muke penuh nur. HAhahaha


Ehh, Ni bus Nak ke KLIA2


Peta Samui


Baru smpai Samui


Dalam bus nak ke jetty.

Dalam Seatran Ferry kebuluqq


Ready nak ke hotel
Baru sampai jetty Koh Samui. Aku yang paksa laki aku pakai cap sebab takut dia hitam :p
 


Sampai je Koh Samui, agent dah tunggu di jetty. Dorang kenal kami melalui sticker yg ditampal di baju. So, terus naik van dan dorang hantar terus ke hotel di Lamai. Hotel yang aku tempah kat sini ialah Lamai Central Hotel. Bajet hotel yang aku booking dari booking.com dalam RM198 untuk 3 malam lebih kurang RM66 1 malam. Budget hotel je. xdek swimming pool dan 2km dari pantai.  Dari jetty Koh Samui nak ke Hotel amik masa 15 minit. Jauh jugak rasa. Sampai hotel terus rileks dan set time utk dinner.

Lamai Central Hotel real n dalam gambar sama je. Sumber: Google
 
 
 
Entrance Lamai Central Hotel

Disebabkan first time sampai sini rasa mati kutu. Xtahu nk start dari mana nak pergi cari tempat makan. So dari hotel ktorang ke luar ke kiri dan jalan menghala ke tmpt ramai orang sikit. Dalam pukul 8 malam. Banyk kedai dah tutup mungkin sebab weekday ke. Sampai rasa give up dah. Xdek 1 pon mknn halal. Ape yg kami aspect Samui ni sama macam Krabi. Bersepah kedai makanan Halal. Tapi nekad jalan sampai hujung jalan sebab ada pasar. Akhirnye jmpe mknn Halal tpi kedainya dah tutup. Hari pon nk hujan. Jalan kaki dah 20 minit dari hotel tadi. Last2 nmpk Family Mart yang mana pekerjanya pakai tudung. So, ramai2 duduk menghurung dia tanye pasal tempat makan. Smpai hujan lebat giler. Dia siap call taxi nak suruh hantar ke Kg Melayu tapi hujan lebat dan hari pon dah lewat. Takut kedai dah tutup je kan. Last2 tumpang mkan dalam Family Mart je, instant mee Halal and frankfurter  halal. Layan je la. Sbb dah lapar giler. Dah reda sikit hujan terus lari2 anak smbil bawak container instant noodle tu smbil lari2. Xnak sewa motor mlm ni sbb Nye esok dah Island hoping. Rugi pulak 1 hari. Then smpai bilik terus tido. Penat seharian. Walaupun tido je dm flight, bus, ferry. Hehehe.

Muka bahagia dapat makan dalam Family Mart
 
 

11 comments:

  1. Salam sis...boleh share kos flight dgn ferry ke koh Samui...kalau pulang Dari koh Samui...tido d Surat thani ka

    ReplyDelete
  2. Salam sis...boleh share kos flight dgn ferry ke koh Samui...kalau pulang Dari koh Samui...tido d Surat thani ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. hi. utk cost flight depends promo Air Asia. Time ni kite dapat arga rm80 2 way ticket. means sehala rm40. Stop di Surat thani. tapi baru2 ni kite g lagi dpt arga tiket rm79 sehala. Tgk ats promo. Ferry pulak kalau beli di airport pakej THB1100 termasuk harga bus ke jetty then ticket feery and bus ke hotel 2 way. Kalau nk clear boleh refer trip sy yg baru2 ni.
      http://meyyrozana.blogspot.my/2015/12/trip-koh-samui-via-surat-thani-20-day-1.html?m=0

      Delete
    2. Kalau balik dr koh samui x tdo surat thani. Terus je naik flight ptg. sehari 1 flight. agent sane akan arrage sebaik mungkin. perfect timing la kirenye.

      Delete
  3. salam babe kan beli package masa dlm bus tu kan, kita bayar terus ke atau bayar masa hari buat aktiviti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite bayar terus dari dlm bus. Better beli dr dlm bus. Dekat Travel agent di Koh Samui mahal.

      Delete
  4. brapa rm kos pakej dia tu klu beli dlm bus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Range harga THB1300-1800 from Phatip Travel. If beli dalam Koh Samui Mahal. 2nd time pergi mmber dapat THB2200.

      Delete
  5. brapa rm kos pakej dia tu klu beli dlm bus

    ReplyDelete
  6. Lain kali kalo visit Samui, inap di hostel saya yaaa https://www.facebook.com/baanhinlad/

    ReplyDelete